Perhimpunan Pagi BTPN dan Majlis Pertukaran KPP
6 Januari 2011, berlangsung
majlis perhimpunan pagi dan majlis pertukaran Ketua Penolong Pengarah,
BTPN Kelantan sebagai Pengetua SMK Kota Bharu atas gred DG52.
Majlis
dimulakan dengan bacaan doa, oleh Tn Haji Hassan dan ikrar perkhidmatan
yang diketuai oleh En. Khairil dari unit media. Majlis diserikan lagi
tayangan VCD perjalanan karier KPP sepanjang berkhidmat selama 2 tahun
di BTPN Kelantan.
En. Mohd Asri dari PKG Makasar, memulakan
ucapan sempena majlis pertukaran KPP mewakili PKG Negeri Kelantan, Wakil
BTPN Kelantan ucapan diberikan oleh Pn Hjh Masdiyah bt Jemain selaku
Penolong Pengarah Unit PKG, BTPN Kelantan.
KPP dalam ucapanya
banyak menegaskan kepada kecemerlangan BTPN, kerana itulah hasrat dan
harapan yang diletakkan ke atas beliau semasa diberikan tugas mengetuai
BTPN Kelantan. Pelbagai dugaan dan cabaran yang terpaksa ditempoh oleh
KPP dalam memperkasakan BTPN dan PKG. Tahun 2010 KPP dengan kerjasama
semua staf dari BTPN dan PKG seluruh kelantan telah berjaya meletakkan
BTPN Kelantan pada rangking yang amat membanggakan di peringkat BTP,
KPM. Syabas dan tahniah kepada Ketua Penolong Pengarah, semoga pemergian
KPP ke SMK Kota Bharu kecemerlangan dapat diteruskan.
Penutup
kepada majlis ini ialah acara penyampaian hadiah dan cenderamata kepada
KPP sebagai tanda kenangan dan terima kasih di atas sumbangan yang
diberikan sepanjang berada di BTPN Kelantan.
Bengkel SKT PKG 2011
28 Disember 2010 BTPN Kelantan menganjurkan satu bengkel bagi pemurnian
SKT untuk PKG tahun 2011. Bengkel diuruskan oleh unit PKG BTPN Kelantan
yang diketuai oleh Pn. Masdiyah dan En. Wan Mohd Zulki.
Setiap
PKG dipecahkan mengikut kelompok dalam daerah masing-masing. Setiap PKG
berbincang aktiviti mengikut keperluan dalam kelompok.
Pada akhir
bengkel setiap PKG dikehendaki menyerahkan SKT dan takwim untuk semua
PKG, Perbincangan dilakukan dalam kumpulan bagi menentukan kesesuaian
masa dan tempat serta sasaran penapaian yang dikehendaki.
Penutup
bengkel dilaksanakan oeh Pn Hjh Mazenah binti Mohamad, KPP BTPN
Kelantan dan harapan KPP supaya peranangan diaksanakan dengan sebaik
mungkin bagi mendapatkan keputusan yang cemerlang.
Bengkel Pelaksanaan Program Pemantauan BTP, KPM
06 Disember 2010, BTPN Kelantan telah memanggil semua wakit PKG hadir
untuk bengkel Pelaksanaan Program Pemantauan BTP terhadap beberapa item
yang dibekalkan kepada sekolah terutamanya berkaitan dengan :
1) TV LCD
2) Pusat Akses
3) MBMMBI
4) Pembestarian Sekolah
5) Makmal Bahasa
Taklimat
disampaikan oleh Penolong Pengarah Unit Pentadbiran, BTPN Kelantan. PKG
diminta melaksanakan pemantauan dan soalselidik ke sekolah berkenaan
dengan item di atas.