KAMPUS ASTRO


Kementerian Pelajaran melalui perkongsian kerjasama dengan Astro
bermatlamat membawa pendidikan dan pembelajaran bermutu bertaraf dunia
ke semua sekolah di Malaysia melalui kempen yang dikenali sebagai
Kampus Astro Bersama Komuniti Sekolah.
Kampus Astro
Bersama Komuniti Sekolah merupakan inisiatif tanggungjawab korporat
Astro di mana pengendali TV satelit berbilang saluran Terus Ke Rumah
yang terkemuka di negara ini menyediakan alat Perakam Video Peribadi,
set televisyen, akses kepada saluran-saluran kandungan pembelajaran dan
maklumat Astro serta penyelenggaraan peralatan secara percuma sepanjang
tempoh kempen kepada 10,000 buah sekolah rendah dan menengah di
Malaysia termasuk Pusat Aktiviti Guru.
Saluran- saluran pendidikan dan maklumat terdiri daripada Astro
Awani, Astro Ceria, Discovery Channel, National Geographic Channel,
Discovery Science Channel, Animal Planet Channel, The History Channel,
Disney, TVIQ, TV1, TV2 dan Bernama.

Antara saluran yang di sediakan dalam kampus astro:

Maklumat lanjut berkenaan kampus astro klik disini