eNILAM
PENDAHULUAN
Budaya membaca
telah berubah paksinya kerana tabiat membaca di kalangan murid pada
hari ini cukup berbeza berbanding pada awal kemerdekaan negara.
Murid-murid kita kini mempunyai kecenderungan memilih bahan bacaan yang
bercorak hiburan berbanding ilmu pengetahuan yang boleh memandu
kehidupan mereka. Ini adalah realiti yang harus diterima oleh semua
pihak dalam mengharungi cabaran untuk menikmati wahana pembangunan dan
kesan globalisasi.
Sememangnya budaya membaca secara aktif akan
memberikan pelbagai manfaat dalam kehidupan seharian seperti penjanaan
idea, kemahiran berfikir dan berkomunikasi. Program dan aktiviti
membaca masakini perlu diubahsuai mengikut arus perdana dan trend
semasa dan berfokus kepada remaja dan kanak-kanak. Semoga segala usaha
dalam menjadikan aktiviti membaca sebagai sesuatu yang memberi impak
yang mendalam kepada jiwa dan minda mereka
Membaca pemangkin kegemilangan minda.
PENGENALAN
Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) sedang melaksanakan program galakan membaca
yang lebih berkesan dan dapat dijalankan secara terancang dan
berterusan melalui pelaksanaan Program NILAM. Ini selaras dengan
Pekeliling Ikthisas Bil. 13/1998 bertarikh 22 Mei 1998 telah
mengarahkan semua sekolah di bawah KPM menjalankan program ini bermula
Januari 1999. Buku Panduan Konsep dan Pelaksanaan Di Sekolah telah diterbitkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pelajaran Malaysia (1998).
Dalam
proses melaksanakan program NILAM terdapat permasalahan dalam
pengumpulan data yang dijalankan secara manual. Berdasarkan kepada
pengalaman ini, Jawatankuasa Pembangun Perisian telah berusaha
merancang dan membangunkan Perisian e-NILAM untuk cuba mengatasi
masalah pengumpulan data di sekolah , PKG dan PSPN Kelantan yang dapat
digunasama oleh BTP serta KPM.
RASIONAL
Suatu
tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang
mengamalkan budaya ilmu. Cara utama membina budaya ilmu dalam sesebuah
masyarakat ialah melalui amalan tabiat membaca yang berterusan.
Kementerian Pendidikan telah melaksanakan pelbagai program galakan
membaca di sekolah - sekolah.
Walau
bagaimanapun kesan daripada program tersebut masih belum mencapai tahap
yang dikehendaki. Dengan demikian Kementerian Pendidikan perlu mencari
pendekatan baru bagi melaksanakan program galakan membaca yang lebih
berkesan dan dapat dijalankan secara berterusan.
MATLAMAT |
- Membina tabiat membaca di kalangan pelajar
|
OBJEKTIF |
- Menjadikan pelajar banyak membaca
- Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi meyemai tabiat membaca.
|
Elemen
REKOD |
- Pelajar diwajibkan menulis ringkasan di dalam buku bacaan Program NILAM
|
| |
| SAH |
- Guru dan Ibubapa/penjaga pelajar perlu mengesahkan rekod buku bacaan Program NILAM
|
| |
| IKTIRAF |
- Murid perlu diberi pengiktirafan mengikut tahap bacaan.
|
PENGIKTIRAFAN
|
|
|
| |
| SEKOLAH RENDAH |
Tahun | Asas | Sederhana | Tinggi | Tertinggi | 1 | 9 x 1 = 9 | 9 x 2 = 18 | 9 x 3 = 27 | 9 x 4 = 36 | 2 | 18 x 1 = 18 | 18 x 2 = 36 | 18 x 3 = 54 | 18 x 4 = 72 | 3 | 18 x 1 = 18 | 18 x 2 = 36 | 18 x 3 = 54 | 18 x 4 = 72 | 4 | 18 x 1 = 18 | 18 x 2 = 36 | 18 x 3 = 54 | 18 x 4 = 72 | 5 | 18 x 1 = 18 | 18 x 2 = 36 | 18 x 3 =54 | 18 x 4 = 72 | 6 | 18 x 0.5 = 9 | 18 x 1 = 18 | 18 x 1.5 = 27 | 18 x 2 = 36 | JUMLAH | 90 | 180 | 270 | 360 |
|
SEKOLAH MENENGAH
|
Tahun | Asas | Sederhana | Tinggi | Tertinggi | 1 | 18 x 1 = 18 | 18 x 2 = 36 | 18 x 3 = 54 | 18 x 4 = 72 | 2 | 18 x 1 = 18 | 18 x 2 = 36 | 18 x 3 = 54 | 18 x 4 = 72 | 3 | 18 x 0.5 = 9 | 18 x 1 = 18 | 18 x 1.5 = 36 | 18 x 2 = 36 | 4 | 18 x 1 = 18 | 18 x 2 = 36 | 18 x 3 = 54 | 18 x 4 = 72 | 5 | 18 x 0.5 = 9 | 18 x 1 = 18 | 18 x 1.5 = 36 | 18 x 2 = 36 | Jumlah | 72 | 144 | 216 | 288 |
|
| |
| TAHAP JAUHARI |
- Semua pelajar wajib mengikuti Tahap Jauhari.
|
- Pelajar sekolah rendah memulakan aktiviti Tahap Jauhari pada pertengahan tahun 1 sehingga tamat tahun 6.
|
- Pelajar sekolah menengah memulakan aktiviti tahap Jauhari sebaik sahaja masuk tingkatan satu sehingga tamat tingkatan 5.
|
- Aktiviti Tahap Jauhari ialah pelajar membaca, pelajar merekod, guru mengesahkan dan pelajar diberi pengiktirafan.
|
TAHAP RAKAN PEMBACA |
- Satu kumpulan terdiri daripada 10 orang pelajar yang akan dibimbing oleh seorang guru ( fasilitator ).
|
- Pelajar
Rakan Pembaca perlu mempunyai sifat sentiasa ingin berkongsi maklumat,
amanah, buku di tangan, kepimpinan dan boleh menarik minat rakan, jiran
serta keluarganya yang kurang minat membaca.
|
- Di antara aktiviti Rakan Pembaca yang disarankan ialah bercerita, bicara buku, membaca bersama dan meminjamkan buku.
|
- Banyak aktiviti dan sesi Rakan Pembaca yang boleh diadakan daripada sebuah buku.
|
|
|
| |
| AKTIVITI | CARA PENGIRAAN MARKAH | | Bercerita | 1 sesi x jumlah pendengar | | Bicara Buku | 1 sesi x jumlah pendengar | | Membaca Bersama | 1 sesi x jumlah pembaca | | Meminjamkan Buku | 1 buku x jumlah peminjam |
|